Tarikh : 26 Ogos 2011
Masa : 5.30 petang
Sempena dengan kedatangan bulan Syawal, pihak JAKEL dan MBSA telah menyediakan 100 pasang baju raya kepada anak-anak yatim sekitar Shah Alam.
Dari sumbangan tersebut, MPP Zon 5 telah menyenaraikan seramai 8 orang anak yatim sebagai penerima sumbangan .
Dr Daroyah telah berbesar hati pergi kerumah kanak-kanak tersebut memberikan baju raya baru yang telah disiapkan oleh pihak JAKEL.
Moga ada keceriaan dan kemeriahan di hati anak-anak yang menerima sumbangan biarpun ada rasa hiba kerana hilangnya orang tersayang di sisi mereka....
No comments:
Post a Comment