Masa : 5.30ptg hingga 7.00ptg
Program ini di adakan sempena kedatangan bulan Ramadhan. Sebanyak 100 buah keluarga telah disenaraikan sebagai penerima sumbangan. Program ini telah dipecahkan kepada 4 kumpulan dan MPP Zon 5 telah bergabung dengan MPP Zon 2 dan Zon 3 dalam kumpulan 2.
Kumpulan 2 telah di sertai oleh Timbalan Datuk Bandar Tn Moktar Hani, Ahli Majlis Zon 2 Dato Imran , Ahli Majlis Zon 5 iaitu Dr Daroyah Alwi, Pengarah Jabatan serta Pegawai-pegawai MBSA yang terlibat.
Pn Nani, pegawai dari Jabatan Korporat mengiringi Dr daroyah memberi sumbangan kepada keluarga penerima sumbangan di Kampung Padang Jawa.
Tuan Mohtar Hani, Dato Imran dan Dr. Daroyah berkunjung ke rumaha penerima di Seksyen 10.
Warga emas yang menerima sumbangan ramadhan tidak dapat menahan rasa sebak di atas kunjungan tersebut. Semoga dengan kunjungan ini memberi semangat kepada warga emas ini.
Dr Daroyah bertanya khabar penduduk OKU yang menerima sumbangan di Kampung Padang Jawa
Dr Daroyah, Tuan Mohtar Hani dan ketua kampung En Sai An bergambar bersama penerima sumbangan
Ziarah dikawasan Lorong Berangan , Kampung Padang Jawa
JKKK Kampung juga turut sama menyertai kumpulan ini. Semoga apa yang diberikan oleh pihak Majlis Bandaraya paling tidak dapat memeriakan sambutan bulan Ramadhan.
md ~ melihat keceriaan wajah penerima sumbangan ini membuat kita rasa sangat bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita. Apabila kita merasa susah, cuba fikirkan ada lagi insan lain yang lagi susah daripada kita. Justeru sentiasalah bersyukur.....
No comments:
Post a Comment