Demi Masa

Monday, January 9, 2012

Penyerahan Cermin Mata ~ Kempen Kesihatan MBSA

Tarikh  : 15 Disember 2011
Masa : 5.00 ~ 6.00 petang
Tempat : Pangsapuri Rimba, Seksyen 16

MBSA telah mengadakan kempen kesihatan pada 20 November yang lalu bertempat di Dewan MBSA Seksyen 28, dalam program tersebut  pihak MBSA telah mendapat sumbangan berupa 50 unit cermin mata yang akan diberikan percuma kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang mempunyai masalah penglihatan.

Justeru dalam kawasan MPP Zon 5 , seramai 8 orang kanak-kanak telah disenaraikan sebagai penerima cermin mata tersebut.

Dr Daroyah telah berbesar hati menyampaikan pemberian setelah cermin mata tersebut siap di tempah dan beliau berharap ada lagi agensi-agensi luar yang berlapang hati menyediakan sumbangan kepada kemasyarakatan sekitar.






Moga anak-anak ini dapat memanafaatkan apa yang telah diberikan,berjaya dalam pelajaran dan hidup masing-masing

No comments:

Post a Comment