Tarikh : 24 Ogos 2011
Tempat : Dewan MPP Zon 5
Masa : 9 pagi hingga 3 petang
Program ini di anjurkan oleh Fakulti Pergigian Uitm Shah Alam yang diketuai oleh Prof. Matron Ruthelah Abdul Majid dan doktor-doktor pelatih dengan kerjasama MPP Zon 5
Program yang dijalankan di Dewan MPP Zon 5 ini telah dilengkapi dengan sebuah bas yang lengkap dengan peralatan rawatan pergigian yang selesa untuk penduduk.
Walaupun program dijalankan dalam bulan ramadhan , seramai 68 orang penduduk telah turun mendapatkan perkhidmatan tersebut. Kepada penduduk yang memerlukan rawatan susulan pihak fakulti telah memberikan tempat di klinik pergigian Uitm Shah Alam. Pihak fakulti juga telah menawarkan gigi palsu percuma kepada penduduk yang layak.
No comments:
Post a Comment