Thursday, January 12, 2012
Wednesday, January 11, 2012
Masalah Sampah di Zon 5
January 2012 ~ Keseluruhan kawasan dibawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam mengalami masalah pengutipan sampah. Pihak Majlis amat mengharapkan kesabaran orang ramai dengan masalah ini dan berjanji masalah ini akan diselesaikan dengan kadar segera...
Flat PKNS Seksyen 16 antara contoh penempatan yang teruk mengalami masalah sampah yang tidak dikutip. Keadaan ini memimbulkan bau yang busuk dan berulat.
Hampir setiap hari pejabat MPP Zon 5 menerima aduan berkenaan sampah dan sedayanya mengawal kemarahan orang ramai berkenaan isu tersebut.
Orang ramai boleh berhubung terus dengan bilik gerakan ataupun membuat aduan di pejabat Majlis Perwakilan Penduduk.

2012 dengan isu SAMPAH
Kehadiran 2012. Majlis Bandaraya Shah Alam telah berdepan dengan isu yang paling panas iaitu berkenaan dengan isu sampah.
Masalah ini berpunca dari peralihan kontraktor lama ke kontraktor baru yang telah dilantik oleh majlis . Pihak majlis berharap agar orang ramai bersabar dan perkara ini akan diselesaikan dalam masa yang terdekat.
Sebarang permasalahan sila berhubung dengan talian yang diberikan.
Monday, January 9, 2012
Ibadah Korban dan Sambutan Aidil Adha
Tarikh : 07 November 2011
Masa : 8.30pg hingga 11.00 malam
Tempat : Pangsapuri Rimba, Seksyen 16
Majlis ini adalah anjuran bersama MPP Zon 5 dan Dun Batu 3 serta Dun Kota Anggerik, Shah Alam. 4 ekor lembu telah di korbankan pada majlis tersebut.
Majlis telah berjalan seawal 8.30 pagi dengan ibadah korban. Dr Daroyah selaku pengerusi MPP Zon 5 amat berterima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh penduduk yang telah hadir membantu kerja-kerja penyembelihan dan melapah daging seterusnya menyediakan makan tengahhari dan juga gotong royong menyediakan makanan untuk majlis sambutan aidil adha yang dijalankan pada sebelah malam.
YB Rodziah dan YB Dr Yaakob Sapari juga terharu dengan penglibatan penduduk yang amat memberansangkan. Mereka berharap sepakatan ini akan diteruskan ke masa-masa akan datang.
Semasa ibadah korban dijalankan, golongan kanak-kanak telah disediakan acara sukaneka, aktiviti ini telah memeriahkan lagi suasana di tapak penyembelihan tersebut.
Semoga majlis ini mendapat keberkatan dari NYA....

YB menyampaikan dana kepada wakil penduduk bagi pembinaan surau yang lebih sempurna dari yang sedia ada, Jumlah dana yang terkumpul pada malam tersebut adalah sebanyak RM27K.
Antara gambaran ibadah korban yang telah dijalakan pada sebelah pagi
Acara sukaneka kanak-kanak memeriahkan lagi suasana
Kaum wanita turut berganding bahu melapah dan mengagihkan daging korban
Semoga majlis ini mendapat keberkatan dari NYA....
Sumbangan Penduduk Taman Karupiah
Tarikh : 15 Disember 2011
Masa : 6.00 ptg ~ 7.00 mlm
Tempat : Taman Karupiah
Pihak MPP Zon 5 dengan kerjasama Dun Bt. 3 serta Dun Kota Anggerik telah menyampaikan sumbangan berupa barang keperluan dapur dan sedikit duit poket. Sumbangan ini sepatutnya diberikan sebelum Deepavali tetapi atas masalah teknikal yang tidak dapat di elakkan program di lewatkan. Walau bagaimanapun majis sumbangan ini berjalan dengan lancar dan penduduk gembira menerimanya.
Pengerusi memaklumkan kepada penduduk bahawa program seumpama ini akan berjalan dari masa ke semasa dan berharap sekiranya penduduk mempunyai masalah segera memaklumkan kepada beliau atau pun menghubungi pihak MPP Zon.

Penyerahan Cermin Mata ~ Kempen Kesihatan MBSA
Tarikh : 15 Disember 2011
Masa : 5.00 ~ 6.00 petang
Tempat : Pangsapuri Rimba, Seksyen 16
MBSA telah mengadakan kempen kesihatan pada 20 November yang lalu bertempat di Dewan MBSA Seksyen 28, dalam program tersebut pihak MBSA telah mendapat sumbangan berupa 50 unit cermin mata yang akan diberikan percuma kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang mempunyai masalah penglihatan.
Justeru dalam kawasan MPP Zon 5 , seramai 8 orang kanak-kanak telah disenaraikan sebagai penerima cermin mata tersebut.
Dr Daroyah telah berbesar hati menyampaikan pemberian setelah cermin mata tersebut siap di tempah dan beliau berharap ada lagi agensi-agensi luar yang berlapang hati menyediakan sumbangan kepada kemasyarakatan sekitar.
Moga anak-anak ini dapat memanafaatkan apa yang telah diberikan,berjaya dalam pelajaran dan hidup masing-masing

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri ~ De Five Open House @ 16
Tarikh : 24 September 2011
Masa : 8 malam hingga 10.00 malam
Tempat : Dewan MBSA (Jati ), Seksyen 16
Sempena Aidil Fitri, MPP Zon 5 telah menganjurkan sambutan hari raya dengan tagline 'De Five Open House@16'. Pengerusi MPP Zon 5, Dr Daroyah Alwi telah mengalu-alukan kehadiran tetamu-tetamu khas yang terdiri dari YB Dun Kota Aggerik, Ahli Majlis dan Pengarah-pengarah MBSA. Pengerusi juga amat berbesar hati dengan penglibatan penduduk di kawasan Flat PKNS serta yang berhampiran.
Dalam majlis ini juga diselitkan dengan pemberian sumbangan kepada 20 orang anak yatim di Seksyen 16 dan juga duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis sambutan tersebut.
Kemeriahan ini juga diserikan dengan persembahan kumpulan kompang anak muda masjid MJRTU dan juga persembahan lagu raya dari pelajar-pelajar kelas tuisyen MPP Zon 5.
Selingan kuiz juga telah mencuit hati tidak kira kaum remaja dan dewasa untuk menjawap soalan untuk mendapat habuan duit raya yang disediakan.
Majlis ini telah dapat mengeratkan ukhwah antara penduduk dan secara tidak langsung memperjelaskan peranan Majlis Perwakilan Penduduk dengan penduduk sekitar.

Sumbangan Jakel ~ MBSA
Tarikh : 26 Ogos 2011
Masa : 5.30 petang
Sempena dengan kedatangan bulan Syawal, pihak JAKEL dan MBSA telah menyediakan 100 pasang baju raya kepada anak-anak yatim sekitar Shah Alam.
Dari sumbangan tersebut, MPP Zon 5 telah menyenaraikan seramai 8 orang anak yatim sebagai penerima sumbangan .
Dr Daroyah telah berbesar hati pergi kerumah kanak-kanak tersebut memberikan baju raya baru yang telah disiapkan oleh pihak JAKEL.
Moga ada keceriaan dan kemeriahan di hati anak-anak yang menerima sumbangan biarpun ada rasa hiba kerana hilangnya orang tersayang di sisi mereka....

Pemeriksaan Gigi Percuma
Tarikh : 24 Ogos 2011
Tempat : Dewan MPP Zon 5
Masa : 9 pagi hingga 3 petang
Program ini di anjurkan oleh Fakulti Pergigian Uitm Shah Alam yang diketuai oleh Prof. Matron Ruthelah Abdul Majid dan doktor-doktor pelatih dengan kerjasama MPP Zon 5
Program yang dijalankan di Dewan MPP Zon 5 ini telah dilengkapi dengan sebuah bas yang lengkap dengan peralatan rawatan pergigian yang selesa untuk penduduk.
Walaupun program dijalankan dalam bulan ramadhan , seramai 68 orang penduduk telah turun mendapatkan perkhidmatan tersebut. Kepada penduduk yang memerlukan rawatan susulan pihak fakulti telah memberikan tempat di klinik pergigian Uitm Shah Alam. Pihak fakulti juga telah menawarkan gigi palsu percuma kepada penduduk yang layak.

Subscribe to:
Posts (Atom)