Tarikh : 15 Sept 2012
Masa : 8.30mlm hingga 11.00mlm
Tempat : Dewan MBSA (Jati), Seksyen 16
Majlis Perwakilan Penduduk Zon 5 telah menganjurkan majlis jamuan hari raya aidilfitri bagi meraikan nya bersama-sama penduduk sekitar kawasan MPP Zon 5.
Pelbagai juadah disediakan sendiri oleh ahli jawatankuasa secara bergotong royong, antaranya kari kambing, nasi beriani,lemang ,rendang, laksa,pelbagai masakan panas,bubur kacang durian,kuih muih,aiskrim,berger oblong, buah-buahan dan minuman panas dan sejuk.
Dr Daroyah Alwi selaku Pengerusi MPP Zon 5 mengucapkan tahniah kepada semua yang telah berkerjasama menjayakan majlis tersebut dan memohon maaf kerana makanan tidak mencukupi, ini adalah kerana sambutan penduduk yang diluar jangkaan.
Memandangkan sambutan yaang amat mengalakkan, perbelanjaan bagi majlis jamuan hari raya ini akan ditambah bagi tahun-tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment