Tarikh : 30 Jun 2012
Masa : 07.00pg hingga 01.00ptg
Tempat : Flat PKNS,Seksyen 16
Kawasan Flat PKNS Seksyen 16 telah diwartakan sebagai kawasan wabak denggi oleh pejabat Kesihatan Daerah Petaling kerana terdapat 5 kes demam denggi dilaporkan. Justeru MPP Zon 5 telah menganjurkan gotong royong cegah wabak denggi.
Program ini telah mendapat kerjasama dari Jabatan Perkhidmatan Bandar (membuka ruang pameran bahaya denggi) dan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling bagi menjalankan pemeriksaan rumah ke rumah serta taklimat tentang Aedess.
Tuan Mohtar Hani (Timbalan Datuk Bandar Shah Alam) telah membawa kontraktor pembersihan kawasan turut sama melihat persekitaran kawasan tersebut.
Penglibatan seluruh komuniti yang berada di Flat PKNS sangat dihargai.
No comments:
Post a Comment