Demi Masa

Thursday, November 22, 2012

JUN 2012 ~ Sambutan Hari Ibu Bapa MPP Zon 5

Tarikh  : 17 Jun 2012
Masa   : 8.00mlm hingga 11.00mlm
Tempat  : Kg Air Kuning, Seksyen 16 Shah Alam

Program anjuran MPP Zon 5 dengan kerjasama Dun Kota Anggerik telah berjalan dengan jayanya. Lokasi penempatan ini dipilih adalah kerana untuk mengenengahkan kawasan tersebut yang berada di pinggir bandar dan aktiviti kemasyarakatan jarang di adakan di kawasan tersebut.

Seramai 80 penduduk pelbagai kaum yang kurang berkemampuan telah menerima sumbangan berupa keperluan barangan asas. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Yaakob Sapari selaku Adun Kota Anggerik dengan acara gimiknya memotong kek.

Dalam ucapan aluan, Pengerusi MPP Zon 5 Dr Daroyah Alwi berpesan supaya golongan anak muda sentiasa menghormati ibu bapa dan ingat segala pengorbanan yang telah mereka lakukan dalam membesarkan anak-anak.

Dewasa ini semakin ramai ibu bapa yang uzur di tinggalkan di rumah-rumah kebajikan dan keadaan ini amat membimbangkan.Sepatutnya tugasan menjaga mereka adalah tanggungjawap anak-anak walaupun anak-anak bekerja.








Majlis telah berakhir dengan jayanya. semoga ibu bapa yang dirai gembira dan rasa dihargai.

No comments:

Post a Comment