Demi Masa

Wednesday, May 11, 2011

Majlis Dialog Bersama Penduduk Taman Karupiah

Tarikh Dialog ~ 24 April 2011
Tempat ~ Taman Karupiah , Seksyen 16 Shah Alam
Isu ~ Masalah Banjir Kilat
Tujuan Dialog ~ Mendapatkan persetujuan penduduk untuk pihak majis bandaraya menyelenggara kerja-kerja membaik pulih sistem longkang/perparitan yang sedia ada.
Panel ~ 1. Tn Ir Rosli /Pengarah Jabatan Kejuruteraan
             2. Dr. Daroyah/ Ahli Majlis Merangkap Pengerusi MPP Zon 5
             3. En Noraznizam/Pegawai Jabatan Perancang
             4. Cik Hjh Rose/Pengarah Jabatan Bangunan
             5. Pegawai² MBSA
             6. Penduduk Taman Karupiah

Masalah ~ Penduduk berada di tengah² dua pihak pemaju yang sedang menjalankan pembangunan iaitu syarikat Ken Rimba & IRDK Land. Pembangunan ini telah menyebabkan kawasan penempatan yang rendah dan di tambah lagi dengan sistem perparitan yang kurang sempurna telah menyebabkan kejadian banjir besar pada 20 April yang lalu yang telah menyebabkan penduduk mengalami kerugian besar kerana tidak sempat menyelamatkan barang masing² terutamanya penduduk yang menjalankan perniagaan.

Penyelesaian ~ Hasil dari majlis dialog ini penduduk bersetuju agar pihak majlis menjalankn kerja-kerja mengorek dan membesarkan longkang yang berada di kawasan belakang rumah penduduk. Tetapi pendududk di harap dapat bersabar dan memberi komitment kerana kerja-kerja ini akan dilakukan secara manual. Ini adalah kerana ruang yang terlalu sempit dan hampir dengan tanah tempat pemaju tersebut menyukarkan jentera besar untuk masuk ke kawasan tersebut.




 Sebilangan penduduk yang turun pada sesi dialog tersebut
 Pengrusi MPP Zon 5, Pengarah² dan Pegawai² majlis yang turun bertemu penduduk pada hari tersebut
 Pn Nahar wakil penduduk melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan kejadian yang berlaku. Rumah beliau telah dimasuki air separas pinggang dan tidak sempat menyelamat kan barang keran air terlalu cepat naik.
 En Noraznizam pegawai dari jabatan perancang menerangkan kepada penduduk tentang kelulusan projek yang dijalankan oleh pihak pemaju. Beliau menerangkan setiap pembangunan yang dijalankan perlu mematuhi syarat² yang telah ditetapkan dan syarikat yang berada di kiri kanan kawasan penempatan tersebut telah mematuhi semua syarat. 
En Ragunathan wakil penduduk mohon agar pihak majlis memantau aktiviti pihak pemaju. Beliau mewakili penduduk terasa seperti di tindas oleh pihak pemaju.
Tn Ir Rosli turun padang untuk memastikan penduduk faham dan dapat memberi ruang untuk pihak majlis membantu penduduk supayan kejadian banjir kilat tersebut tidak berlaku lagi.

No comments:

Post a Comment