Demi Masa

Wednesday, May 11, 2011

Lawatan Ke Taman Karupiah ~ Masalah Sampah

Tarikh Lawatan ~ 26 April 2011
Kawasan ~ Sekitar Taman Karupiah, Seksyen 16 Shah Alam

Panel ~  1. Dr Daroyah Bt Alwi /Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam merangkap Pengerusi MPP Zon 5 
              2. En Ahmad Nordin/Pegawai Jabatan Perkhidmatan Bandar
              3. En Firdaus /Pegawai Jabatan Perkhidmatan Bandar
              4. Pn Rosidah Harun/ PT Operasi Unit Pembangunan Masyarakat
              5. En  Azman Mohd Taib/Setiausaha kehormat MPP Zon 5

Masalah ~ Penyelenggaraan sampah yang tidak sempurna

                 Ekoran dari kejadian banjir besar pada 20 April, penduduk telah membuat aduan berkenaan sampah yang lebih memburukkan keadaan ketika itu. Pada kejadian banjir kilat tersebut Pn Daroyah Alwi telah turun di susuli Datuk Bandar Shah Alam meninjau dan memberi bantuan segera kepada penduduk yang terlibat. 
                Lawatan ini juga susulan dari majlis dialog berkenaan isu banjir yang mana pihak majlis ingin mendapatkan kata sepakat dari penduduk agar memberi kebenaran kepada pihak majlis menjalakan kerja-kerja ubah suai sistem perparitan yang menjadi punca kejadian banjir tersebut.
             

 Tanah lot yang terbiar telah menjadi tempat pengumpulan sampah penduduk
 Pn Dr Daroyah Alwi berbincang dan pegawai langkah jangka masa pendik dan panjang masalah yang berlaku
 Lot ini pada satu ketika dulu dijadikan bengkel tetapi telah dibiarkan begitu sahaja oleh pemilik bengkel sehingga menyebabkan penduduk sekeliling merasa kurang selesa.
 Ahli majlis dan pegawai membuat lawatan ke rumah penduduk yang menghadapi pencemaran bau kerana hampir dengan lokasi pembuangan sampah
 penduduk mohon untuk di adakan gotong royong kawasan ini pihak MPP akan sedia memberi bantuan dan keperluan. Program gotong royong di kawasan ini akan diadakan pada bulan Jun mengikut perancangan.
En Ahmad membuat semakan berkenaan status pemilik yang dahulu nya tinggal bersebelahan rumah penduduk 

No comments:

Post a Comment