Assalamualaikum ....MPP Zon 5 telah menjalankan program kelas tuisyen bagi anak-anak dalam kawasan Zon 5 iaitu sekitar Seksyen 15 & 16, Shah Alam.
Kelas ini telah bermula pada Februari yang lalu dan akan dijalankan secara berkala sehingga bulan Julai nanti. Kelas dijalankan setiap malam isnin hingga khamis bagi bimbingan tambahan kepada murid² UPSR & PMR yang akan menghadapi peperiksaan tahun 2011. Guru- guru telah dipilih berdasar kan pengalaman sebagi guru sekolah dan guru-guru tuisyen lepasan IPTA & IPTS sekitar Shah Alam.
Untuk makluman, setiap sesi kelas telah di hadkan kepada 20 orang pelajar sahaja tetapi memandangkan sambutan yang menggalakan dari penduduk sekitar jumlah pelajar dalam setiap kelas telah di tambah menjadi 25 orang.
Dr. Daroyah Bt Alwi selaku Pengerusi MPP Zon 5 ini amat berbesar hati dan berharap dengan adanya kelas tuisyen ini akan dapat meningkatkan prestasi dalam setiap subjek peperiksaan yang bakal diduduki.
ANTARA GAMBAR KELAS TUISYEN MPP ZON 5 ~ MBSA
No comments:
Post a Comment