Program Cuti Sekolah I
Kelas Clay Lolypop & Magnet Coklat
~ 16 Mac 2011
~ Tenaga Pengajar ( En Hanafi & Adik Hilmi)
~ Dirasmikan oleh YB. Dr. Hj Yaakob B Sapari ( Adun Kota Anggerik)
Pengisian :-
Pelbagai teknik di ajar kepada peserta. Jumlah peserta yang menghadiri kelas ini adalah seramai 68 orang peserta. Peserta telah didedahkan dengan pelbagai kreativiti mencipta perhiasan dari 'clay' yang mana boleh di buat sebagai cenderahati semasa hari guru, hari ibu dan sebagainya.
Yb Dr. Hj Yaakob B Sapari juga telah berbesar hati untuk datang memberi sokongan , beliau juga telah memberikan sedikit cenderahati kepada lima peserta yang kreatif.
Dr. Daroyah selaku pengerusi MPP Zon 5 amat berterima kasih kepada ibu/bapa yang menghantar anak-anak mereka menyertai program ini. Semoga program ini mendapat manfaat pada semua.
ANTARA SUASANA KELAS CLAY LOLYPOO
Program Cuti Sekolah II
Kelas Masakan ~ Cupcakes & Decorations
Tarikh ~ 17 Mac 2011
Tenaga Pengajar ~ Pn Zubaidah (chef dr Zureyn Bakery and Confectionery)
Dirasmikan oleh ~ Dr. Daroyah Bt Alwi (Pengerusi MPP Zon 5)
Pengisian :-
Program ke II selepas 'clay lolypop & magnet coklat'. Kelas masakan ini terbukan kepada remaja sekolah dan sambutan sangat-sangat di luar jangkaan . Jumlah peserta yang mengikuti kelas ini adalah seramai 93 orang. Bukan sahaja pelajar sekolah rendah yang terlibat malahan pelajar lelaki sekolah menengah juga tertarik menyertai kelas ini.
Chef Zubaidah telah mengajar dari mula membuat bancuhan kek sehingga la ke teknik membuat 'decorations' di atas kek. Peserta juga telah di ajar cara-cara membuat 'icing'.
Di akhir kelas pengerusi telah berbesar hati memberi saguhati kepada peserta yang paling paling kreatif membuat hiasan di atas kek masing-masing. Peserta juga telah di bekalkan kek² yang telah di hias untuk di bawa pulang.
Program ini telah berjalan dengan meriahnya dan ibu/bapa penjaga sangat berterima kasih kepada pihak MPP Zon 5 yang telah menganjurkan program yang sangat bermafaat ini.
ANTARA SUASANA KELAS CUPCAKES