Demi Masa

Wednesday, June 15, 2011

Rombongan Anak Yatim & Asnaf

Tarikh : 12 Jun 2011
Masa : 8.00pg hingga 5.00ptg
Tempat : Flat Kasih Seksyen 7
               ~ Majlis sarapan pagi bersama penduduk & pemimpin
              : Zoo ,Masjid & Muzium Negara
                ~ Tempat lawatan

Program ini anjuran Biro Wanita Dun Kota Anggerik dengan kerjasama MPP Zon 5 & MPP Zon 3 yang mana telah mengumpul anak-anak yatim dan asnaf yang tinggal di sekitar kawasan Dun Kota Anggerik. Seramai 33 orang telah dikumpul dan 7 orang petugas telah mengiringi lawatan tersebut.

Puan Dr Daroyah, pengerusi MPP Zon5 merangkap wakil dari YB Yaakob Sapari memulakan ucapan alu-aluan dan seterusnya Puan Sarimah pengerusi MPP Zon 3 merasmikan program lawatan ini.

Peserta rombongan telah bergerak dari shah alam pada jam 9.30pg dan pulang semula pada jam 5ptg. Pihak penganjur berharap dengan adanya program ini serba sedikit dapat memberi keceriaan kepada anak-anak yang mungkin tidak berpeluang melawat tempat-tempat tersebut.

 Anak-anak bersama penjaga serta penduduk Flat kasih menikmati sarapan pagi

 Kehadiran Pengerusi MPP Zon 3 (Pn Sarimah ) & Pengerusi MPP Zon 5 ( Dr. Daroyah ) menambahkan keceriaan majlis

 Pemberian cenderahati dan bekalan dalam perjalanan anak-anak ke destinasi yang di tuju
 Kenangan sebelum bergerak ke tempat lawatan
 Antara tempat-temapt yang dilawati

Semoga program ini memberi kecerian kepada anak-anak yang terlibat 

Program Gotong Royong ~ Taman Karupiah

Tarikh : 22 Mei 2011
Masa  : 7.30pg ~ 01.00ptg
Tempat : Persekitaran Taman Karupiah, Seksyen 16 Shah Alam.

Program gotong royong ke 3 bagi penggal pertama tahun ini. Program ini telah dianjurkan bersama MPP Zon 5 dan JKKK Padang Jawa. Gotong royong dijalankan secara mendadak lanjutan dari permasalahn perparitan yang tidak sempurna yang mana telah menyebabkan banjir kilat di kawasan tersebut.

Pengerusi amat berpuashati dengan penglibatan penduduk yang tidak mengira kaum dan agama sama-sama berganding bahu memjalankan aktiviti kemasyarakatan ini.

MPP Zon 5 telah mendapat bantuan dari Jabatan Perkhidmatan Bandar dalam menyediakan peralatan gotong royong dan juga Jabatan Kejuruteraan yang menyediakan 'back hoe' yang digunakan untuk menolak timbunan sampah dan juga membersihkan kawasan hutan persekitaran taman ini.

Jabatan Kebajikan Masyarakat juga di panggil untuk meninjau penduduk yang menghadapi kerugian kerana banjir baru-baru ini dan membuka kaunter pendaftaran.
Back Hoe yang disediakan pihak jabatan melancarkan lagi aktiviti membersihakan kawasan taman karupiah
 Penglibatan penduduk yang sangat-sangat dihargai
 Penduduk bekerjsama membersihkan kawasan sekitar taman
 Longkang yang tersumbat telah sama-sama dibersihkan
 puan pengerusi MPP zon 5 turun bersama-sama penduduk dalam program ini
puan pengerusi dan pengarah jabatan kejuruteraan menerangkan kepada penduduk telah pelaksanaan bagi membina longkang antara pihak pemaju dan penduduk.

* Taman Karupiah menghadapi masalah banjir setiap kali turunnya hujan. Ini berlaku kerana di kiri dan kanan taman karupiah ini telah dijalankan aktiviti pembangunan dan kawasan taman ini menjadi rendah.

Monday, June 6, 2011

Karnival Kesihatan Rimba

Tarikh ~  22 mei 2011
Masa  ~ 7.30pg hingga 5ptg
Anjuran ~ Fakulti Perubatan Uitm Selayang dengan kerjasam MBSA & MPP Zon 5
Tempat ~ Pangsapuri Rimba , Seksyen 16 Shah Alam.

Pengisian :- Pelajar-pelajar tahun 4 fakulti perubatan ini merupakan kumpulan ke 6 dan merupakan kumpulan terakhir dari Uitm dalam program 'posting population health' . Dr Ihsan selaku pensyarah perubatan dan koordinator juga turut merasa bangga dan berterima kasih kepada penduduk setempat yang memberi sokongan dan hadir memeriahkan karnival dari pagi hingga petang.

Booth² seperti pemeriksaan kesihatan dari fakulti perubatan, pemeriksaan gigi, CPR, Derma Darah telah di sediakan. Pelbagai acara sukaneka untuk kanak² juga diadakan. Pada kaum ibu juga tidak dilupakan.Pihak urusetia telah membuat pertandingan gubahan tuala.
 Dr. Daroyah Bt Alwi telah menyampaikan ucapan alu-aluan dan seterusnya merasmikan program tersebut dengan meriahnya.

 Walaupun cuaca tidak mengizinkan pada sebelah pagi keran hujan turun tetapi acara perasmian telah berlangsung dengan meriahnya
Booth pemeriksaan kesihatan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Jam 4petang penduduk masih lagi datang mendaftar untuk mendapatkan perkhidmatan. 
 Dr Daroyah,pengerusi MPP Zon 5 telah berbesar hati memberi perkhidmatan pemeriksaan gigi kepada penduduk sekaligus memberi ilmu kepada doktor² pelatih dari fakulti pergigian yang membuka booth pada hari tersebut.
Saringan pemeriksaan kesihatan bagi penduduk yang ingin menderma darah. Kawasan Pangsapuri Rimba ini merupakan kawasan yang paling ramai iaitu seramai 50 orang penduduk setempat telah menderma darah pada hari tersebut.
 Pelbagai acara kanak² dan dewasa telah di adakan semasa karnival ini berlangsung. 

Kanak² merupakan peserta yang sangat teruja bila acara kemuncak di adakan, iaitu pengumuman pemenang setiap acara yang di pertandingkan.

Antara urusetia² yang sentiasa berganding bahu sepanjang karnival ini dijalankan


Semoga adik² sekalian succes dan  seterusnya berbakti kepada masyarakat suatu hari nanti....