Demi Masa

Monday, March 14, 2011

Program Cuti Persekolahan


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...Sempena dengan cuti persekolahan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 5 akan menyediakan aktiviti bagi memenuhi masa lapang anak² semasa cuti persekolahan ini.
Program adalah seperti Berikut :-
i. Kelas Seni Kraftangan 
Tarikh : 16 Mac 2011 (Rabu)
ii. Kelas Masakan (Cupcakes & deco)
Tarikh : 17 Mac (Khamis)

Masa : 3.00ptg hingga 5.00ptg
Tempat : Dewan MPP Zon 5

Penyertaan Percuma Kepada Kanak² Dan Remaja Sekolah yang berhampiran...
Semoga Program ini dapat memberi ilmu pengetahuan dan dapat melahirkan anak-anak yang kreatif.

bm : Minda Kreatif  Pelajar Cemerlang


Wednesday, March 2, 2011

Sambutan Maulidur Rasul

Salam Ukhwah Buat semua yang mampir ke blog kami.....

Sempena dengan mengingati kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammada S.A W. pada 19 Februari yang lalu MPP Zon 5 telah bekerjasama dengan Masjid Jamek Raja Tun Uda (MJRTU) Seksyen 16  menganjurkan program sambutan Maulidura Rasul, sambutan ini juga telah melibatkan pelajar² SRA Seksyen 16 dan anak² PRA MAIS Seksyen 16. 

Pengisian sambutan tersebut :-
 ~ Perarakan dari SRA Seksyen 16 ke MJRTU
 ~ Bacaan Al-Quran dari bekas Qari Kebangsaan (Ustaz Hj. Amran Bin Puteh)
 ~ Ucapan Perasmian oleh wakil YB Hj. Dr. Yaakob B Sapari
 ~ Berzanji & Marbahan
 ~ Majlis Tahnik & Cukur Jambul bayi
    * seramai 20 orang bayi menyertai program ini
 ~ Tazkirah khas dari Ustaz Hj. Dr. Badrul Amin B Baharon

MPP Zon 5 juga menjemput pegawai TAWAS hadir untuk membuka kaunter pendaftaran TAWAS kepada anak-anak yang belum mendafar.

Majlis ini berjalan dengan meriah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk . Rata² penduduk melahirkan rasa bangga dan berterima kasih kepada pihak penganjur kerana dapat menjayakan program seperti ini yang mana ia dapat menerapkan budaya murni terutama kepada generasi muda masa kini.

Pihak MPP dengan berbesar hati mengalungkan ucapan terimakasih pada semua yang terlibat.

* gambar semasa program dalam slide di atas.....

bm ~ budaya seperti ini harus di semai dalam jiwa anak²