Assalamualaikum...Terlebih dahulu bagi pihak Dr. Daroyah Alwi iaitu Ahli Majlis MBSA merangkap Pengerusi MPP Zon 5 mengucapkan sekalung TAHNIAH kepada En. Khairul di atas pembukaan 'Temerloh Catering' yang membuat acara pembukaan pada 07 Februari yang lalu...
Menu utama yang di hidangkan tentulah IKAN PATIN masak TEMPOYAK.....sangat menyelerakan kerana tiba giliran saya, ahli majlis dan ajk MPP datang lauk pauk hampir habis.....
Menu masakan melayu tradisional di sini sangat menarik pelangga.Restoran ini juga amat strategik kerana berada dalam kawasan industri iaitu di Dataran Automobil di Seksyen 15 Shah Alam.
Ahli Majlis bersama² setiausaha kerhormat dan Ajk MPP menikmati makanan yang di sediakan....
Kami berterima kasih kepada En. Khairul (berbaju merah) yang sudi menjemput ke majlis pembukaan Restoran beliau. Selepas ini warga Shah Alam atau anak jati Termeloh yang ingin menikmati masakan Ikan Patin ( di import khas dari Termeloh) tidak perlu bersusah pergi ke Pahang sebab semuanya ada di sini.
bm ~ berbangga bila anak melayu berjaya menjadi usahawan yang berjaya.