Demi Masa

Monday, August 15, 2011

Kelas Tuisyen UPSR & PMR ~ Julai bulan perpisahan


Kelas tuisyen UPSR & PMR yang dianjurkan MPP Zon 5 sudah tiba masa penamatnya. Kelas yang telah bermula pada Februari yang lalu akan berakhir kini. Ini adalah kerana bulan Ogos merupakan bulan mulia di mana umat islam menunaikan ibadah puasa. 

 Pada sesi terakhir kelas yang lalu pelajar² telah diraikan dengan majlis perpisahan. walaupuan dijalankan secara sederhana tetapi amat meriah sekali.

 Pelajar merakamkan kenangan bersama Cik Mariyam & Cik Farah selaku guru bimbingan mereka
Walaupun hari terakhir, kelas tetap berjalan seperti biasa dan majlis jamuan hanya di adakan pada waktu rehat antara subjek pada hari tersebut.
 Pelajar² PMR yang tekun mendengar amanat terakhir dari guru yang terlibat

 Pelajar PMR merakamkan kenangan bersama En Suhairi & Cik Zubaidah

Semoga kelas yang berjalan selama 5 bulan ini sedikit sebanyak dapat memberi ilmu dan pengalaman antara semua pelajar. Dari kelas ini juga para pelajar telah dapat mempraktikkan segala teknik pembelajaran yang berkesan dan sentiasa berhubung antara satu sama lain untuk mengulangkaji pelajaran. 

Walaupun kelas tuisyen telah ditamatkan tetapi hubungan antara pelajar tetap terjalin dengan adanya 'facebook' untuk bertanya khabar dan bertanya tentang masalah pelajaran.

MPP Zon 5 berharap semua adik² yang mengikuti kelas tuisyen ini berjaya dalam peperiksaan nanti...

Wednesday, June 15, 2011

Rombongan Anak Yatim & Asnaf

Tarikh : 12 Jun 2011
Masa : 8.00pg hingga 5.00ptg
Tempat : Flat Kasih Seksyen 7
               ~ Majlis sarapan pagi bersama penduduk & pemimpin
              : Zoo ,Masjid & Muzium Negara
                ~ Tempat lawatan

Program ini anjuran Biro Wanita Dun Kota Anggerik dengan kerjasama MPP Zon 5 & MPP Zon 3 yang mana telah mengumpul anak-anak yatim dan asnaf yang tinggal di sekitar kawasan Dun Kota Anggerik. Seramai 33 orang telah dikumpul dan 7 orang petugas telah mengiringi lawatan tersebut.

Puan Dr Daroyah, pengerusi MPP Zon5 merangkap wakil dari YB Yaakob Sapari memulakan ucapan alu-aluan dan seterusnya Puan Sarimah pengerusi MPP Zon 3 merasmikan program lawatan ini.

Peserta rombongan telah bergerak dari shah alam pada jam 9.30pg dan pulang semula pada jam 5ptg. Pihak penganjur berharap dengan adanya program ini serba sedikit dapat memberi keceriaan kepada anak-anak yang mungkin tidak berpeluang melawat tempat-tempat tersebut.

 Anak-anak bersama penjaga serta penduduk Flat kasih menikmati sarapan pagi

 Kehadiran Pengerusi MPP Zon 3 (Pn Sarimah ) & Pengerusi MPP Zon 5 ( Dr. Daroyah ) menambahkan keceriaan majlis

 Pemberian cenderahati dan bekalan dalam perjalanan anak-anak ke destinasi yang di tuju
 Kenangan sebelum bergerak ke tempat lawatan
 Antara tempat-temapt yang dilawati

Semoga program ini memberi kecerian kepada anak-anak yang terlibat 

Program Gotong Royong ~ Taman Karupiah

Tarikh : 22 Mei 2011
Masa  : 7.30pg ~ 01.00ptg
Tempat : Persekitaran Taman Karupiah, Seksyen 16 Shah Alam.

Program gotong royong ke 3 bagi penggal pertama tahun ini. Program ini telah dianjurkan bersama MPP Zon 5 dan JKKK Padang Jawa. Gotong royong dijalankan secara mendadak lanjutan dari permasalahn perparitan yang tidak sempurna yang mana telah menyebabkan banjir kilat di kawasan tersebut.

Pengerusi amat berpuashati dengan penglibatan penduduk yang tidak mengira kaum dan agama sama-sama berganding bahu memjalankan aktiviti kemasyarakatan ini.

MPP Zon 5 telah mendapat bantuan dari Jabatan Perkhidmatan Bandar dalam menyediakan peralatan gotong royong dan juga Jabatan Kejuruteraan yang menyediakan 'back hoe' yang digunakan untuk menolak timbunan sampah dan juga membersihkan kawasan hutan persekitaran taman ini.

Jabatan Kebajikan Masyarakat juga di panggil untuk meninjau penduduk yang menghadapi kerugian kerana banjir baru-baru ini dan membuka kaunter pendaftaran.
Back Hoe yang disediakan pihak jabatan melancarkan lagi aktiviti membersihakan kawasan taman karupiah
 Penglibatan penduduk yang sangat-sangat dihargai
 Penduduk bekerjsama membersihkan kawasan sekitar taman
 Longkang yang tersumbat telah sama-sama dibersihkan
 puan pengerusi MPP zon 5 turun bersama-sama penduduk dalam program ini
puan pengerusi dan pengarah jabatan kejuruteraan menerangkan kepada penduduk telah pelaksanaan bagi membina longkang antara pihak pemaju dan penduduk.

* Taman Karupiah menghadapi masalah banjir setiap kali turunnya hujan. Ini berlaku kerana di kiri dan kanan taman karupiah ini telah dijalankan aktiviti pembangunan dan kawasan taman ini menjadi rendah.

Monday, June 6, 2011

Karnival Kesihatan Rimba

Tarikh ~  22 mei 2011
Masa  ~ 7.30pg hingga 5ptg
Anjuran ~ Fakulti Perubatan Uitm Selayang dengan kerjasam MBSA & MPP Zon 5
Tempat ~ Pangsapuri Rimba , Seksyen 16 Shah Alam.

Pengisian :- Pelajar-pelajar tahun 4 fakulti perubatan ini merupakan kumpulan ke 6 dan merupakan kumpulan terakhir dari Uitm dalam program 'posting population health' . Dr Ihsan selaku pensyarah perubatan dan koordinator juga turut merasa bangga dan berterima kasih kepada penduduk setempat yang memberi sokongan dan hadir memeriahkan karnival dari pagi hingga petang.

Booth² seperti pemeriksaan kesihatan dari fakulti perubatan, pemeriksaan gigi, CPR, Derma Darah telah di sediakan. Pelbagai acara sukaneka untuk kanak² juga diadakan. Pada kaum ibu juga tidak dilupakan.Pihak urusetia telah membuat pertandingan gubahan tuala.
 Dr. Daroyah Bt Alwi telah menyampaikan ucapan alu-aluan dan seterusnya merasmikan program tersebut dengan meriahnya.

 Walaupun cuaca tidak mengizinkan pada sebelah pagi keran hujan turun tetapi acara perasmian telah berlangsung dengan meriahnya
Booth pemeriksaan kesihatan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Jam 4petang penduduk masih lagi datang mendaftar untuk mendapatkan perkhidmatan. 
 Dr Daroyah,pengerusi MPP Zon 5 telah berbesar hati memberi perkhidmatan pemeriksaan gigi kepada penduduk sekaligus memberi ilmu kepada doktor² pelatih dari fakulti pergigian yang membuka booth pada hari tersebut.
Saringan pemeriksaan kesihatan bagi penduduk yang ingin menderma darah. Kawasan Pangsapuri Rimba ini merupakan kawasan yang paling ramai iaitu seramai 50 orang penduduk setempat telah menderma darah pada hari tersebut.
 Pelbagai acara kanak² dan dewasa telah di adakan semasa karnival ini berlangsung. 

Kanak² merupakan peserta yang sangat teruja bila acara kemuncak di adakan, iaitu pengumuman pemenang setiap acara yang di pertandingkan.

Antara urusetia² yang sentiasa berganding bahu sepanjang karnival ini dijalankan


Semoga adik² sekalian succes dan  seterusnya berbakti kepada masyarakat suatu hari nanti....

Monday, May 16, 2011

HeBaHan.....


Pangsapuri Rimba yang berada di bawah pentadbiran MPP Zon 5 amat bertuah kerana telah dipilih oleh pelajar-pelajar fakulti perubatan tahun 4 Uitm Selayang sebagai lokasi bagi mempromosikan kempen kesihatan. Sebelum karnival mega sihat ini dijalankan pada hujung minggu ini, para pelajar telah turun ke kawasan penempatan ini menjalankan kajian soal selidik berkenaan tahap sosio ekonomi dan kesihatan penduduk. Ketetapan program adalah seperti dalam banner yang di pamerkan. Penglibatan penduduk yang berhampiran amat di alu-alukan. Pelbagai acara sukaneka bagi golongan kanak² dan dewasa telah di sediakan di samping pemeriksaan kesihatan yang di sediakan secara percuma.

" Aktifkan HariMu!! Keluarga Sihat Komuniti Bahagia"

Pelancaran Dusun Komuniti (DKSA) 2011

Tarikh ~ 08 Mei 2011
Masa ~ 9.00 pagi
Tempat ~ Persekitaran Flat PKNS, Seksyen 16 Shah Alam.
Vip Yang Hadir ~ Ybhg Tn Hj Dr Yaakob Bin Sapari, Tn Mohtar Hani ( Timbalan Datuk Bandar Shah Alam ), Pn Dr Daroyah ( Ahli Majlis Merangkap Pengerusi MPP Zon 5), Tn Hj Tahir (Pengarah Jabatan Taman), Dr Roslan (Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar)

Majlis perlancaran ini di adakan serentak dengn program gotong royong perdana di Flat PKNS Seksyen 16, Shah Alam.


Penerangan ringkas berkenaan program Dusun Komuniti Shah Alam (DKSA)
Matlamat pendedahan kepada generasi bandar warga shah alam mengenai kepentingan sejarah dusun dan desa yang telah dilupakan dikampung. Program ini dapat memberi kesan kepada kepada komuniti setempat agar dapat berinteraktif dan produktif serta dapat memberi kesan optima kepada ruang-ruang yang terbiar dan tidak ekonomik kepada yang lebih hijau dan mampan.
Untuk makluman program pertama kali telah dijalankan di Seksyen U5/119 pada 2009 seterusnya Seksyen 31 dan Seksyen U2/1H pada 2010.
Bagi tahun 2011, 4 Lokasi telah di pilih untuk meneruskan program ini iaitu di Seksyen 16 (MPP Zon 5), Seksyen U 20 Taman Paya Jaras (MPP Zon 23), Seksyen U2 (MPP Zon 16) dan Seksyen U8 (MPP Zon 19)
 Penduduk juga diberikan taklimat,penerangan dan risalah berkenaan program ini.

Antara anak pokok yang telah disediakan oleh Jabatan Taman MBSA
Antara aktiviti sebelum pelancaran, menyediakan tag² nama anak pokok yang akan di tanam



 Para² VIP yang dijemput mengambil peluang untuk menanam anak pokok yang disediakan.
Tn Mohtar Hani hadir mewakili Datuk Bandar Shah Alam yang tidak dapat hadir kerana berada di luar negara


Pengerusi MPP Zon 5 bersama penduduk yang akan menjaga anak pokok sehingga mengeluarkan hasil



 Antara anak pokok yang telah di 'anak angkat' oleh penduduk, tugas menyiram dan memantau perkembangan anak pokok ini diserahkan kepada keluarga angkat masing²
Jabatan Taman & Rekreasi MBSA juga akan memantau dan memberi bantuan dari masa ke semasa mengenai perkembangan anak-anak pokok yang diserahkan. 

Semoga usaha dan kerjasam semua pihak ini akan membuahkan hasil yang boleh dinikmati bersama.

Thursday, May 12, 2011

program Gotong Royong Flat PKNS Seksyen 16


Tarikh ~ 08 Mei 2011
Masa ~ 7.30pg Hingga 2ptg
Tempat ~ Flat PKNS Seksyen 16, Shah Alam
Penglibatan ~ MPP Zon 5, MBSA, Pendududuk Flat PKNS
Pengisian ~ Program gotong royong ini adalah progrm ke 2 yang telah dijalankan di kawasan MPP Zon 5 pada tahun ini. Sebelum ini penduduk pangsapuri anggerik indah, seksyen 16 telah mengangurkan program ini pada 01 Jan. Program kebersihan ini 

Pengerusi MPP Zon 5, Pn Dr Daroyah memulakan majlis dengan ucapan kata-kata aluan
Ybhg Tn Hj Dr Yaakob B Sapari berbesar hati merasmikan program gotong royong dengan menyerahkan peralatan kepada ketua-ketua blok.


Kerjasama antara penduduk yang sempat dirakam untuk dijadikan kenangan


 Pn Annie & En Ahmad dari Majlis Bandaraya Shah Alam telah di jemput menjadi juri dalam pertandingan 'Blok paling ramai penyertaan', 'Blok Terbersih' dan 'Team Work'


Pengerusi merakam kenangan bersama wakil-wakil dari blok yang menang. Blok 8,17 & 22. Blok 17 telah memenangi hadiah keseluruhan.
Pengerusi MPP Zon 5 merakam kenangan bersama-sama penduduk Blok 17 yang telah memenangi hadiah keseluruha dalam pertandingan yang di adakan.

Nota ~ Album gambar sepenuh bagi program ini dalam slideshow yang di sediakan.